PENERANGAN :
1.1 Maklumat teknikal berkenaan dengan brazing
Pateri keras brazing merupakan satu proses yang sangat diperlukan dalam
kerja-kerja penyejukan untuk kerja-kerja fabrikasi pemaipan kitaran
sistem, oleh itu seperti yang telah diterangkan terdahulu setiap mekanik
penyejukan hendaklah mahir asas brazing seperti di terangkan proses pateri keras brazing di mana kerja-kerja yang membabitkan penggunaan peralatan
kimpal gas oksigen dan asetilena sahaja. Oleh kerana kerja-kerja pateri
keras brazing membabitkan penggunaan bahan yang sangat mudah terbakar
iaitu oksigen dan asetilena maka pengendalian sebarang peralatan
kimpal gas hendaklah dilakukan dengan cermat yang mungkin dan sentiasa
menerapkan langkah keselamatan yang diperlukan tanpa kompromi, ini bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini
sama ada kepada pengguna, peralatan ataupun persekelilingnya mahupun
semasa, sebelum dan juga selepas penggunaannya.
Hasil
kerja-kerja brazing yang dibuat secara mudah, sambil lewa dan ringkas
ke atas sebarang pemaipan sistem penyejukan tidak semestinya baik atau
menepati kehendak yang diperlukan, ini kerana banyak yang beranggapan
asal telah berlaku penyambungan joint ianya boleh digunakan dan tidak
akan mendatangkan masalah. Pada hakikatnya kerja-kerja brazing hendaklah
mempunyai kualiti dan mesti mencapai tahap
yang diperlukan. Kualiti brazing akan memberi kesan secara langsung
kepada keupayaan perfomance yang lebih baik kepada kitaran penyejukan refrigeration cycle. Oleh kerana itu setiap kerja-kerja brazing
hendaklah dilakukan sebaik yang mungkin mengikut prosedur yang tepat
bagi penghasilan kerja yang berkualiti dan menghindar dari pembaziran.
1.1.1 Makna brazing
Brazing
juga merupakan salah satu dari beberapa proses dalam bidang kerja-kerja
kimpal gas, terdapat beberapa proses kimpal gas yang lain saperti fusion welding dan pressure welding,
namun asas kerja-kerja kimpalan ialah teknik yang digunakan untuk
kerja-kerja menyambung atau mencantumkan pateri logam jointing
metals. Aplikasi proses-proses kimpalan yang telah dinyatakan di atas
adalah seperti berikut,
Fusion welding: Kimpal dalam bentuk cairan.
Pressure welding: Kimpal dalam bentuk pepejal.
Brazing: Kimpal dalam bentuk pepejal dan cairan.
Pateri Keras (brazing)
Pada dasarnya brazing ialah satu proses menyambung (jointing) dua
logam asas (base metal) dari jenis yang sama (seperti kuprum dengan
kuprum atau keluli dengan keluli dsb), atau boleh juga base metal dari
jenis yang tidak sama (seperti kuprum dan keluli dsbnya) tanpa mencairkan kedua-dua base metal dengan menggunakan bahan pengisi
(filler rod) yang dicairkan pada suhu sederhana tinggi yang akan
mengeras apabila suhu merendah. Filler rod digunakan untuk mengisi ruang
(rongga) di antara kedua-dua base metal terdiri dari bahan yang mencair
pada suhu yang lebih rendah dari base metal dan akan membuat sambungan
yang mempunyai kekuatan yang setara dengan base metal serta kalis bocor
dari cecair dan juga gas.
Carta di bawah menunjukan kategori untuk pateri lembut dan keras
PATERI
LEMBUT
|
PATERI
KERAS
|
1. Penggunaan
soldering iron
|
1. Kimpal
gas torchbrazing
|
2. Pemanas
dengan api
|
2. Twin - carbon arc brazing
|
3. Dip soldering
|
3. Brazing furnace
|
4. Resistance heating
|
4. Induction brazing
|
5. Flame - spray soldering
|
5. Resistance brazing
|
6. Furnace heating
|
6. Dip brazing
|
7. Ultrasound soldering
|
7. Block brazing
|
8. Flowing brazing
|
Keperluan peralatan untuk kerja-kerja brazing
Selain
dari peralatan asas iaitu satu set lengkap kimpalgas terdapat lain-lain
peralatan yang juga diperlukan untuk membantu bagi memudahkan dan
melicinkan kerja-kerja brazing. Beberapa peralatan tersebut adalah
seperti di gambarajah berikut :

1.1.3. Jenis filler rod yang digunakan dalam kerja brazing
Filler
rod ialah logam yang dicairkan melalui proses pemanasan untuk
menyambungkan (joined) dua keping logam asas (base-metal), pemanasan
dilakukan ke atas kedua-dua base metal kepada suhu yang boleh mencairkan
filler rod apabila disentuhkan kepada kedua-dua base metal tersebut,
dengan itu filler yang mencair akan mengisi ruang / rongga di antara
kedua-dua base metal dan akan menjadi keras apabila suhu merendah.
Dalam
proses brazing suhu cairan filler hendaklah lebih rendah dari suhu
cairan kedua-dua base metals, dengan itu hanya filler sahaja yang
mencair untuk menyambung kedua-dua base metal. Untuk mendapatkan proses
ini kebanyakanya bahan dari logam loyang-loyang (alloys) banyak
digunakan kerana mempunyai ciri-ciri suhu cairan yang lebih rendah dari
kebanyakan base metal, tambahan pula loyang dapat menepati kekuatan
(strength) yang diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan pengisi /
penyambung (filler).
Filler
rod hendaklah digunakan dengan betul dalam kerja-kerja pateri keras
(brazing), apabila menyambung base metal seperti kuprum dengan kuprum,
filler rod dari jenis copper-phosphorus sangat sesuai digunakan, untuk
menyambung logam kuprum dengan besi atau kuprum dengan stainless steel
pula filler dari jenis perak sesuai digunakan. Ini kerana bahan
copper-phosphourus tidak boleh melekat (menyambung) stainless steel.
Untuk
menyambungkan dua tiub kuprum yang nipis misalnya penggunaan bahan
filler dari jenis silver adalah diutamakan dari copper-phospourus, ini
kerana suhu cairan silver yang lebih rendah dari copper-phosphourus
dapat membantu pemateri menjalankan kerja-kerja dengan lebih baik.
Bukan
semua jenis logam dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk
dijadikan sebagai brazing filler, ini kerana kesesuaian dan pemilihannya
bergantung kepada ciri-ciri seperti berikut,
i. suhu cairan filler (filler melting temperature).
ii. kekuatan filler (filler strength).
iii. sifat filler.
iv. kualiti filler.
v. rupa luaran.
Suhu cairan filler (melting temperature) : Suhu
cairan setiap logam yang hendak dijadikan sebagai bahan filler mestilah
juga bersesuaian dengan suhu cairan base metal, iaitu hendaklah
mempunyai suhu cairan yang rendah sedikit dari suhu cairan base metal
(perbezaan terbaik di antara kedua-duanya ialah 5OC hingga 100OC), dengan itu proses brazing dapat dilakukan kerana filler akan mencair tanpa mencairkan base metal.
Kekuatan filler: Logam
filler hendaklah mempunyai ciri-ciri kekuatan (strength)
sekurang-kurangnya hampir menyamai kekuatan base metal dan adalah lebih
baik sekiranya mempunyai kekuatan yang sama seperti base metal.
Sifa-sifat filler: Sifat
filler hendaklah berupaya mencair dengan cepat dan kadar pengaliran
yang baik supaya keadaan “basah” di permukaan base metal dapat
diwujudkan bagi membantu filler memindahkan / mengalirkan oksida-oksida
yang terbentuk di permukaan base metal oleh bahan flux semasa proses
pemanasan dilakukan oleh api kimpalgas.
Kualiti filler: Logam
brazing filler hendaklah dari jenis yang berkualiti tinggi seperti
kekuatannya yang dapat menyamai kekuatan base metal dan tidak mudah
berkarat.
Rupa luaran: Logam brazing filler hendaklah mempunyai ciri warna yang cantik dan bercahaya atau dapat menyamai warna base metal.
Jenis-jenis filler
Logam
yang digunakan sebagai brazing filler boleh diklasifikasikan seperti
carta di bawah iaitu untuk kerja-kerja pateri lembut (soldering) dan
juga pateri keras (brazing), kebanyakan brazing filler terdiri dari
komposisi campuran pelbagai jenis logam, oleh itu untuk pengenalannya ia
dinamakan mengikut sempena jenis komposisi kandungan logam terbesar
yang digunakan, carta berikut menunjukkan jenis atau nama-nama filler
yang biasa digunakan.
Carta jenis-jenis filler
nama/JENIS
|
KOMPONEN LOGAM ASAS (BASE)
|
SOFT
SOLDER
|
HARD
SOLDER
|
Silver solder
|
Alloy perak (silver) dan kuprum campuran zink, cadmium, nikel dsb.
|
ΓΌ
| |
Brass solder
|
Alloy kuprum dank zin sebagai base
|
ΓΌ
| |
Copper phosphorus solder
|
Alloy dari kuprum campuran phosphorus, perak dll.
|
ΓΌ
| |
Aluminium solder
|
Alloy aluminium dan sedikit silicon, kuprum, zink dll
|
ΓΌ
| |
Solder
|
Alloy lead dan tin
|
ΓΌ
|
Bahan logam filler yang utama
Silver Solder: Filler
dari jenis logam Perak (silver solder) kebiasaannya mengandungi
campuran dari 3 jenis logam alloy iaitu perak (silver), kuprum (copper)
dan zink. Silver solder pula boleh dibahagikan mengikut
komposisi-komposisi kandungan kimianya kepada 10 jenis filler, di
antaranya adalah seperti berikut,
Copper-phosphorous solder: Filler
ini terdiri dari logam kuprum (copper) yang disebatikan dengan
phosphorous, oleh itu ia lebih dikenali sebagai copper-phosphorus atau
copper-silver phosphorus filler. Suhu cair kuprum akan menjadi
berkurangan (merendah) dengan kadar yang agak drastik apabila ia
dicampurkan (disebatikan) dengan logam phosphorus.Apabila
dicampurkan lagi dengan logam perak kepada campuran ini ia akan
menjadikan suhu cairannya lebih merendah lagi dengan mengubah kadar
alirannya (fluidity) kepada lebih bebas (free flow). Filler jenis ini
sesuai digunakan untuk kerja-kerja penyambungan logam seperti kuprum.
Kandungan phosphorus di dalamnya akan bertindak sebagai deoxidizer
(menyah oksida) apabila ia digunakan dalam kerja-kerja kimpalgas untuk
logam kuprum, oleh itu penggunaan filler ini tidak memerlukan aplikasi
atau penggunaan bahan seperti flux untuk menyekat dari dahkan
pembentukan oksida dalam kerja-kerja brazing.
Kelebihan dan kelemahan jenis brazing filler metal
Setiap
pemilihan atau aplikasi filler untuk kerja-kerja brazing yang digunakan
hendaklah disesuaikan dengan bahan kerja yang hendak dijalankan, ini
kerana bukan semua brazing filler boleh digunakan atau sesuai kepada
semua jenis base metal. Berikut disenarai kelebihan dan kelemahan
jenis-jenis filler yang biasa digunakan.
jenis
|
KELEBIHAN
|
KEKURANGAN
|
Silver Solder
|
1. kadar cairan yang baik oleh itu boleh memenuhi semua permukaan walaupun ruang yang sempit dan keras.
2. memberi kekuatan dan pergerakan (elongation) di tempat dibrazing.
3. memberi kekuatan sambungan yang tidak berubah walaupun suhu cairannya direndahkan.
4. hasil brazingnya licin dan tidak perlu kepada finishing.
5. brazingnya cantik dengan warna keperakan.
|
1. kosnya mahal
2. flux diperlukan pada setiap kerja brazing kepada base metal.
3. flux mesti dibersihkan
|
Copper phosphorus solder
|
1. tidak mahal.
2. tidak perlu kepada penggunaan flux.
3. suhu didihnya rendah dan kadar cairannya juga baik.
4. kadar pendalir haba dan arus elektrik yang baik
|
1. sambungan mudah pecah atau retak.
2. tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja penyambungan kuprum dan alloy kuprum.
|
1.1.4. Flux
Flux merupakan
sebatian kimia (chemical compound) yang disapukan ke atas kedua-dua
permukaan base metal yang hendak disambungkan sebelum kerja-kerja
brazing dilakukan, ia terdapat dalam bentuk tepung (powder) dan juga
cecair (liquid). Kebanyakan proses brazing dan soldering memerlukan
bahan flux sebelum kerja-kerja brazing dijalankan untuk mendapatkan
kualiti sambungan yang kuat, kalis bocor dan baik.
Keperluan flux ialah kerana porses pemanasan ke atas permukaan logam akan mempercepatkan pembentukan oksida (formation
of oxide) di permukaan tersebut. Fenomena ini boleh berlaku kerana
tindakan oleh logam (base metal) yang bersuhu tinggi (panas) ke atas
oksigen dan udara sekeliling menyebabkan berlakunya tindakan kimia yang
menghasilkan bahan oksida.
Oleh
itu dalam kerja-kerja brazing bahan flux digunakan untuk bertindak
sebagai penyerap dan penyingkir (dissolve and remove oxide) bahan-bahan
oksida yang terbentuk di permukaan base metal dan filler. Selain dari
tugas di atas ia juga berfungsi untuk menyamakan kadar pengaliran haba
ke atas base metal, melicinkan kadar pengaliran filler antara rongga
kedua-dua base metal dan juga menghindarkan udara semasa proses brazing
dijalankan. Ini dapat dilakukan oleh flux kerana sifatnya yang boleh
menyerap oksigen yang berlebihan dari torch dan juga ia membuat satu
lapisan (coating) yang akan bertindak sebagai pelindung pada permukaan
sambungan logam yang sedang mencair dari dimasuki oleh udara.
Ciri-ciri flux:
penggunaan flux hendaklah dapat menepati aplikasinya, untuk itu
pemilihan flux yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang
dapat menjalankan fungsi yang perlu dilakukannya seperti ciri-ciri
berikut,
a. kadar alirannya atau fluidity yang baik oleh itu dapat memindahkan objek asing dan juga oksida jika
ada.
ada.
b. permukaan yang telah dibersihkan dapat menghindarkan proses oxidization dari berlaku.
c. specific gravity nya hendaklah lebih rendah dari logam filler.
d. kadar alirannya (viscosity) yang sesuai semasa ia dalam bentuk cair.
e. boleh dan mudah untuk memindahkan sludge.
f. tidak membahayakan pengguna dan juga mencemarkan alam persekitaran.
g. ianya cepat kering di dalam tempat simpanan walaupun telah dicairkan dengan air sebelumnya.
h. kadar oxidization oleh logam filler boleh direndahkannya.