Tuesday, 23 October 2012

Pengenalan Air Conditioning

SISTEM AIR-CONDITIONING

Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai satu proses dimana udara dikendalikan dengan kawalan keatas suhunya, kelembapan, kebersihan dan seterusnya mengagihkan udara ini ke dalam satu ruangan yang terlebih  dahulu telah diketahui keperluannya dan penggunaannya. 


KITARAN ASAS PENYEJUKAN



Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-
  1. Tekanan rendah 
  2. Tekanan tinggi

Proses Kitaran :-
       
     i. Bahan pendingin yang bersuhu dan 
        bertekanan tinggi dari pemampat 
        mengalir ke pemeluwap.

    ii. Semasa di pemeluwap, bahan pendingin 
       yang bersuhu tinggi akan menyingkirkan habanya 
       ke udara.

   iii. Proses pemeluwapan berlaku, iaitu wap bahan 
       pendingin bertukar bentuk menjadi cecair
       bahan pendingin.

   iv.  Cecair bahan pendingin mengalir ke tiub rerambut 
        matering device. Tekanan dan suhu cecair bahan 
        pendingin menjadi rendah.

   v.  Cecair bahan pendingin memasuki gegelung penyejat, 
        berlaku proses penyerapan haba dan bahan pendingin 
        bertukar bentuk kepada wap bahan pendingin

   vi. Wap bahan pendingin mengalir ke saluran sedutan 
        di pemampat. Wap bahan pendingin akan dimampatkan 
        dan kitaran ini akan berulang.




No comments:

Post a Comment